PSIKOLOGI TAK NORMAL | Psikologi tak normal ialah bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan, pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia. Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi. | UMUM | |
SISTA | Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. | UMUM | |
DISINFEKTAN | Disinfektan ialah sebarang bahan yang memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa. Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang kuat yang digunakan untuk membersihkan pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit, dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk memasak. | UMUM | |
NITRIT | Nitrit ialah sebahagian anion nitrit (NO 2 –) dan sesetengah unsur lain. Anion ialah ion bercas negatif. Nitrit tak organik adalah stabil dan larut dalam air. Kebanyakan nitrit organik dibuat daripada alkohol. Ia adalah tidak stabil apabila berada dalam asid, tetapi ia berada dengan stabil dalam larutan neutral dan beralkali lemah. | UMUM | |
PURU | Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh- tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji. | UMUM | |
ANGSA | Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang; bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek; kaki yang pendek dan merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
MABUK GERAK | Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. | UMUM | |
ASID NITRIK | Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai banyak kegunaan industri, dan kegunaan utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid yang pertama pernah diketahui, dan digunakan oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di dalam eksperimen mereka. | UMUM | |
TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |
PRASANGKA | Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa mengambil waktu dan usaha untuk membuat pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang berprasangka cenderung memutarbelitkan, menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun mengabaikan fakta yang bertentangan dengan pendapat yang telah ditentukannya terlebih dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka mungkin percaya bahawa semua individu dalam suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik, agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya, ataupun tamak. | UMUM | |