| SETINGGAN DI AUSTRALIA | Setinggan di Australia pada mulanya ialah penggembala-penggembala yang menduduki tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan, ramai antara mereka menjadi penternak lembu yang kaya dan dihormati. | UMUM | |
| AUSTRALIA, KERAJAAN | Australia, Kerajaan. Australia ialah persekutuan yang terdiri daripada enam negeri, dua wilayah tanah besar, dan lapan wilayah luar. Lihat Australia (peta politik). | UMUM | |
| SETINGGAN | Setinggan ialah orang yang tinggal di atas sebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milik atau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa dia memiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes, seseorang setinggan boleh membuat tuntutan yang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidak ada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sah di sisi undang-undang terhadap tanah yang sama. Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, para peneroka telah menjelajah ke kawasan yang belum diduduki dan kemudiannya menuntut hak milik terhadap tanah tersebut. Di Australia dan di Amerika Syarikat, ramai setinggan menduduki tanah yang belum lagi disukat ataupun diukur dan yang belum pernah mempunyai sebarang hak milik. Mereka mendirikan rumah dan membersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuat demikian, mereka percaya bahawa mereka telah beroleh hak untuk membeli tanah berkenaan pada harga yang minimum apabila kerajaan menjualnya. | UMUM | |
| AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR) | Afrika Selatan, Petempatan (tanah air) merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan bagi sesetengah kumpulan penduduknya. | UMUM | |
| LASEM | LASEM, salah sebuah kerajaan tua di pantai utara Jawa Tengah yang merupakan salah satu daripada ‘tanah-tanah raja’ milik kerajaan Majapahit hingga abad ke-14. Lasem terletak di antara Tuban dengan Jepara tetapi lebih dekat dengan Rembang. Lasem juga nama sebuah gunung dengan ketinggian 807 m. Kedudukan Lasem hanya beberapa kilometer dari pantai dan berhampiran Sungai Lasem. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| KESULTANAN JOHOR | KESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| RIAU-LINGGA | RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| ENAKMEN TANAH PADI 1917 | ENAKMEN TANAH PADI 1917, undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar pada 24 Julai 1917 dengan tujuan untuk menyekat penanaman getah di tanah bendang. Enakmen No. 2 Tahun 1917 ini berkuat kuasa ke atas tanah yang didaftarkan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Bagi Negeri Sembilan, terdapat perbezaan dalam pentadbiran undang-undang tanah. Tang demikian suatu undang-undang yang hampir sama dengan enakmen ini diluluskan kemudiannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |
| PERJANJIAN MALAYSIA | PERJANJIAN MALAYSIA (1963), perjanjian antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British untuk memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak menerusi pembentukan Malaysia. Bagi tujuan ini Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah menggubal Akta Malaysia yang membolehkan ketiga-tiga buah negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, dan menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil semua negeri yang terlibat iaitu Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di London pada 9 Julai 1963. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |