| PERANG KELANG | PERANG KELANG, perang saudara yang berlaku di Selangor disebabkan para pembesar bersengketa untuk menguasi tanah lombong. Perang ini berlanjutan dari tahun 1866 hingga tahun 1874. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| LOMBONG BAWAH TANAH | Lombong bawah tanah, aktiviti melombong yang dijalankan di bawah permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
| MOUNT ISA | Mount Isa (pend. 23 348) ialah sebuah bandar di barat laut Queensland, Australia, lebih kurang 966 kilometer ke barat Townsville. Ia dihubungkan oleh sebatang jalan ke Townsville, Brisbane, Alice Springs, dan Darwin. Mount Isa ialah salah sebuah tapak lombong bawah tanah yang terkaya dan terbesar di dunia. Lapisan tembaga, perak, plumbum, dan zink didapati berdekatan antara satu sama lain tetapi dilombong dan diproses secara berasingan. | UMUM | |
| SEMENANJUNG CAPE YORK | Semenanjung Cape York terletak di hujung utara Queensland, Australia. Semenanjung ini menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000 kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa di barat semenanjung ini. Lihat juga Queensland (peta). | UMUM | |
| SUNGAI OHIO | Sungai Ohio ialah sungai yang kedua paling banyak digunakan untuk tujuan komersial di Amerika Syarikat. Hanya Sungai Mississippi mempunyai lebih banyak kapal kargo yang melayarinya. Sungai Ohio mengalir sejauh 1579 kilometer melalui beberapa kawasan industri yang paling sibuk dan tanah ladang yang paling subur di negeri itu. Ia memberi perkhidmatan kepada lombong batu arang dan kawasan pengeluar keluli yang utama. | UMUM | |