Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tanzania


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANZANIA

Tanzania ialah sebuah negara yang besar di

timur Afrika yang bersempadan dengan Lautan

Hindi. Sebahagian besar Tanzania terletak di tanah

besar Afrika dan sebahagian yang lain terdiri

daripada beberapa buah pulau yang berhampiran.

Ibu negara Tanzania dan bandar terbesarnya ialah

Dar es Salaam. Sebuah ibu negara yang baru,

Dodoma, di bahagian tengah Tanzania dijadualkan

siap pada tahun 1990-an. Nama rasmi negara ini

ialah Republik Bersatu Tanzania.

UMUM 
DODOMA

Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di

pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania

mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir

bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan

ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.

Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara

baharu khusus disebabkan kedudukannya yang

di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat

Tanzania (peta).

UMUM 
NYERERE, JULIUS KAMBARAGE

Nyerere, Julius Kambarage (1922–1999),

presiden Tanzania dari tahun 1964 hingga

persaraannya pada tahun 1985. Tanzania terdiri

daripada Tanganyika, wilayah di tanah besar Afrika;

dan Zanzibar, gugusan pulau yang berhampiran.

Tanganyika dan Zanzibar pernah diperintah oleh

Great Britain . Nyerere mengetuai pergerakan yang

membolehkan Tanganyika mencapai kemerdekaan

daripada Britain pada tahun 1961. Dia menjadi

presiden Tanganyika pada tahun 1962. Dia juga

membantu menyatukan Tanganyika dan Zanzibar

untuk membentuk Tanzania pada tahun 1964,

dan dia menjadi presiden baru negara itu.

UMUM 
DAR ES SALAAM

Dar es Salaam (pend. 870 020) ialah ibu

negara dan bandar terbesar di Tanzania, juga

bandar pelabuhan utama di timur Afrika. Bandar

ini terletak di pantai timur Tanzania yang

menyempadani Lautan India.

UMUM 
ZANZIBAR

Zanzibar (pend. 133 000) ialah sebuah bandar

pelabuhan yang bersejarah terletak di pantai barat

Pulau Zanzibar, iaitu sebahagian daripada Tanzania.

UMUM 
KILIMANJARO

Kilimanjaro ialah sebuah gunung berapi

pendam di Afrika Timur dengan dua puncak.

Ia terletak di utara Tanzania di sepanjang

sempadannya dengan Kenya.

UMUM 
TASIK TANGANYIKA

Tasik Tanganyika, di timur tengah Afrika,

merupakan tasik air tawar terpanjang di dunia dan

yang kedua paling dalam. Hanya Tasik Baikal, di

Rusia, yang lebih dalam. Tasik ini disempadani oleh

Burundi dan Tanzania di sebelah timur dan oleh

Zaire dan Zambia di sebelah barat. Panjangnya Tasik

Tanganyika ialah 680 kilometer dan, di tempat yang

paling dalam ialah 1435 meter.

UMUM 
ZINJANTROPUS

Zinjantropus ialah makhluk bak manusia yang

dipercayai oleh kebanyakan ahli antropologi

hidup kira-kira 1 750 000 tahun dahulu. Tengkorak

fosil Zinjantropus dijumpai pada tahun 1959 oleh

ahli antropologi British, Mary D. Leakey di

Olduvai Gorge di utara Tanzania. Ia adalah satu

daripada petanda awal bahawa makhluk bak

manusia primitif pernah hidup di timur Afrika.

UMUM 
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
SWAHILI

Swahili ialah nama yang diberi kepada orang

Islam Afrika yang berasal daripada keturunan

kacukan Bantu dan Arab. Perkataan Swahili

bermakna orang pantai dan sememangnya orang

Swahili tinggal di kawasan pantai timur Afrika, dari

Somalia hingga ke Mozambique. Bahasa Swahili

digunakan di seluruh kawasan Afrika Timur untuk

perniagaan dan komunikasi di kalangan pelbagai

puak. Malah ia merupakan bahasa rasmi Kenya dan

Tanzania.

UMUM 

Kembali ke atas