| TENAGA NUKLEAR | Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini, terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik. Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta tahun. | UMUM | |
| KUASA AIR | Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai. Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna. | UMUM | |
| MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
| TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |
| BAHAN API | Bahan boleh bakar yang mempunyai tenaga kimia. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
| ENJIN | Enjin ialah mesin yang menukar tenaga kepada kerja mekanikal. Enjin boleh memperoleh tenaganya daripada sebarang jumlah sumber, termasuk bahan bakar, stim, dan udara, atau kuasa tekanan air. | UMUM | |
| SIFAR MUTLAK | Sifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai, bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia akan menjadi sifar pada –273.15°C.
| UMUM | Konsep |
| LETUPAN DEBU | Letupan debu terjadi apabila awan yang sarat dengan debu terbakar, menyebabkan pengeluaran tenaga yang kuat. Letupan seumpama ini boleh merosakkan harta benda dan membunuh manusia. | UMUM | |
| KILAT | Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit. Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku di dalam awan, di antara awan dengan udara dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara. Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi boleh membunuh manusia atau menyebabkan kebakaran. | UMUM | |