| TIMAH | Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia adalah logam putih yang telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah paling awal yang diketahui adalah pada lebih kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam pengeluaran  plat timah,  yang terdiri daripada keluli bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin timah untuk pembungkusan makanan dan keluaran-keluaran lain.  | UMUM |   | 
			
				| TIN TIMAH | Tin timah ialah bekas yang digunakan untuk membungkus, mengangkut dan memasarkan beratus-ratus jenis makanan dan bukan makanan untuk kegunaan di rumah dan industri. Kebanyakan tin timah dibuat daripada keluli yang disalut nipis dengan timah. Tetapi berjuta-juta tin tidak mengandungi timah sama sekali dan banyak yang diperbuat keseluruhannya daripada aluminium.  | UMUM |   | 
			
				| MAJLIS TIMAH ANTARABANGSA | Majlis Timah Antarabangsa, pertubuhan yang mengawal bekalan dan permintaan bijih timah dunia.  | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi | 
			
				| BIJIH TIMAH | Batu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam | 
			
				| KASITERIT | Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya  bijih timah yang penting. Ia kadangkala  dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak  berkilat, berwarna perang atau hitam.   | UMUM |   | 
			
				| PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH | PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu.  | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam | 
			
				| AMANG | Amang ialah sisa timah yang terhasil akibat daripada aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan secara terbuka. Amang boleh wujud dalam bentuk timah tulen, monazit tulen, ilmenit tulen atau zirkon tulen.  | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan | 
			
				| PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat.  | UMUM |   | 
			
				| MAJOLICA | Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh  dengan oksida timah untuk menghasilkan warna  putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja  sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar  belakang yang putih dengan oksida logam yang  lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai  warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu  dibakar. Majolica diberi nama sempena nama  pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar  dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan  tembikar ini berkembang di seluruh Itali.  | UMUM |   | 
			
				| SMITH, JAMES | Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871. Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888 sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith lahir di George Town, Tasmania dan bekerja sebagai perantis pengilang tepung dan mencari gali emas di Victoria.  | UMUM |   |