JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA | JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, jabatan yang pada awalnya dikenal sebagai Bahagian Bahasa Kebangsaan Kolej Pertanian Malaya. Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1968 setelah diluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Pada tahun 1971, Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris dicantumkan menjadi Bahagian Bahasa sahaja. Kemudian pada tahun 1972, setelah tertubuhnya Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (mengikut Perintah Perbadanan, 29 Oktober 1971), Bahagian Bahasa diubah menjadi Jabatan Bahasa. Jabatan Bahasa diletakkan di bawah Fakulti Pertanian. Tiga tahun kemudian Jabatan Bahasa digabungkan dengan dua jabatan lain bagi membentuk satu fakulti baharu yang dikenal sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan (sekarang dikenal dengan nama Fakulti Pengajian Pendidikan). | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MOHD. ISMAIL SARBINI | MOHD. ISMAIL SARBINI (1950- ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. | SASTERA | Tokoh |