SHEVCHENKO, TARAS | Shevchenko, Taras (1814–1861) ialah negarawan Ukraine yang menjadi penyair Ukraine yang paling terkenal. Sajaknya menekankan penderitaan hidup rakyat Ukraine dan keinginan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Rusia. Penulisan Shevchenko adalah indah dan kerap merangkumi bahasa harian. Dia dianggap sebagai pengasas sastera moden Ukraine. | UMUM | |
SUNGAI DNESTR | Sungai Dnestr, dieja Nistru dalam bahasa Moldova dan dieja Dnister dalam bahasa Ukraine, bermula di Pergunungan Carpathian di barat Ukraine. Sungai ini mengalir ke tenggara sepanjang 1360 kilometer. Ia melalui barat Ukraine dan kemudian mengalir ke Moldova. Ia terus mengalir melalui timur Moldova dan kemudian ke selatan Ukraine dan masuk ke Laut Hitam. Kapal belayar di sepanjang Sungai Dnestr antara Laut Hitam dan Khotin, bandar di barat Ukraine. | UMUM | |
DNEPROPETROVSK | Dnepropetrovsk (pend. 140 000) ialah bandar raya industri utama di Ukrainé. Bandar ini terletak di timur tengah Ukraine, di Sungai Dnepr. Untuk lokasi Dnepropetrovsk, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
ODESSA | Odessa (pend. 1 106 000) ialah sebuah bandar raya pelabuhan di Ukraine. Ia terletak di pantai barat daya Ukraine, berhampiran sempadan Romania. Odessa terletak di Laut Hitam, 51 kilometer ke barat daya muara Sungai Dnepr. Bagi lokasi Odessa, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
KRIMEA | Krimea, sebuah wilayah Ukraine, ialah sebuah semenanjung yang menganjur dari bahagian selatan Ukraine ke Laut Hitam dan Laut Azov. | UMUM | |
KIEV | Kiev (pend. 2 616 000), ialah ibu negara dan bandar terbesar Ukraine. Bandar ini terletak di bahagian utara-tengah Ukraine, iaitu di Sungai Dnepr, yang merupakan kawasan pertanian dan perindustrian yang maju. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
SEVASTOPOL | Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam, di bahagian barat daya Semenanjung Krimea di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta). Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea. Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918, semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika Perang Dunia II telah memusnahkan bandar tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar bandar ini telah didirikan semula. | UMUM | |
DONETSK | Donetsk (pend. 1 064 000) ialah sebuah bandar raya di Lembangan Sungai Donets. Donetsk berada di sebelah timur Ukraine. Untuk lokasi bandar raya, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |
SUNGAI DNEPR | Sungai Dnepr ialah salah satu sungai terpanjang di Eropah. Ia dieja Dnyapro dalam bahasa Belarus, Dnipro dalam bahasa Ukraine. Sungai Dnepr mengalir melalui satu kawasan penting. Ia bermula di bukit-bukau Valdai, berhampiran bandar Smolensk di Rusia. Ia mengalir ke selatan sepanjang 2285 kilometer melalui Rusia, Belarus, dan Ukraine. Ia kemudian mengalir ke Laut Hitam. Ibu negara Ukraine, Kiev terletak di tebing sungai ini. | UMUM | |
OISTRAKH, DAVID | Oistrakh, David (1908–1974), pemain biola Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich mencipta muzik kamar dan konsert biola untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin yang terkenal dan guru biola yang cemerlang. Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya, Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di seluruh dunia. | UMUM | |