SAMARKAND | Samarkand (pend. 515 000) ialah bandar yang kedua besarnya di Uzbekistan dan bekas ibu negaranya. Untuk lokasinya lihat Uzbekistan (peta). Bandar ini merupakan pusat pendidikan. Kilang- Kilangnya membuat komponen radio, sutera, superfosfat dan bahagian-bahagian traktor. Samarkand menduduki tapak Marakanda purba. Iskandar Agung memusnahkan Marakanda pada tahun 329 S.M. Pada tahun 1300-an, Tamerlane, penakluk Mongol, memilih bandar ini sebagai ibu negaranya. | UMUM | |
TASHKENT | Tashkent (pend. 1 986 000) ialah ibu negara Uzbekistan , sebuah negara di Asia. Pada tahun 1991, sejurus sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan, Republik Uzbek telah mengisytiharkan kemerdekaannya. | UMUM | |
KYZYL KUM | Kyzyl Kum ialah gurun yang terletak di selatan Kazakhstan dan utara Uzbekistan di Asia Tengah. Kyzyl Kum dalam bahasa Turkik bermakna pasir merah. | UMUM | |
ORANG TATAR | Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan mereka berkait rapat dengan orang Turki. | UMUM | |
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA | Komanwel Negara-negara Merdeka ialah pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk, di Belarus. | UMUM | |
ORANG TURKI | Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik. Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah, di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara Balkan, di tenggara Eropah. | UMUM | |