YPEIM | YPEIM, yayasan yang diperbadankan untuk pembangunan ekonomi Islam Malaysia. YPEIM ialah singkatan bagi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Yayasan ini diperbadankan di bawah Trustee Incorporation Act 1952, dan ahli Lembaga Pemegang Amanahnya yang pertama dilantik oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 1976. Bagi memperkemaskan struktur pentadbiran serta memperluaskan bidang aktivitinya, YPEIM telah disusun semula dan dilancarkan pada 20 Julai 1984. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM) | Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober 1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Malaysia. | UMUM | |