Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.hu.di] | يهودي

Definisi : = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Yahudi

Puisi
 

Bukan benar bangsa Yahudi,
     Dia benar kafir melaun;
Jika terkenang sebarang budi,
     Tidak kukenang seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENSI YAHUDI

Agensi Yahudi. Agensi Yahudi ialah

pertubuhan Zionis yang berpusat di Baitulmaqdis.

UMUM 
YAHUDI

Yahudi ialah agama Nabi Musa a.s. yang dianuti

oleh bangsa Israel, berasal daripada keturunan

Ibrani. Bangsa Yahudi di seluruh dunia yang

dikaitkan dengan agama ini berjumlah lebih

kurang 18 juta orang yang berasal daripada

keturunan suku yang berlainan.

UMUM 
KONGRES YAHUDI SEDUNIA

Kongres Yahudi Sedunia ialah persatuan

antarabangsa bagi pertubuhan Yahudi dari lebih

70 buah negara.

UMUM 
AGAMA YAHUDI

Agama Yahudi, salah satu agama samawi. Agama Yahudi diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi yang terpilih menjadi rasul dan menyeru manusia mentauhidkan Allah di samping agama Kristian dan Islam.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
HAP YAHUDI UMUM 
PERANG KHAYBAR

Perang Khaybar berlaku pada bulan Muharam

tahun ketujuh Hijrah antara umat Islam di bawah

pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan kaum Yahudi

Khaybar. Peperangan ini berpunca daripada sikap

orang Yahudi Khaybar dan pemimpin Yahudi

daripada suku Bani Nadir yang merasakan boleh

menggunakan kaum Quraisy dan beberapa suku

Arab yang lain sebagai batu loncatan untuk

menembusi bandar Madinah dengan tujuan

menghapuskan umat Islam. Dengan itu, mereka

memainkan peranan penting dalam peperangan

al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. bertekad untuk

menghapuskan bahaya yang mengancam

keselamatan umat Islam.

UMUM 
TALMUD

Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan

sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan

ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang

dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang

Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi

menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh

masa adalah antara amalan yang paling mulia.

UMUM 
ZIONISME

Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah

yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena)

orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik

perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk

menyelesaikan masalah orang Yahudi serta

membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke

tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin,

yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka

yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas

keinginan inilah, mereka bergerak cergas

bermetodekan penjajahan untuk mendirikan

negara Yahudi di Palestin.

UMUM 
KETUA PADERI

Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi

pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang

Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M.

UMUM 
MAIMONIDES, MOSES

Maimonides, Moses (1135–1204), ahli falsafah

Yahudi yang paling penting pada Zaman

Pertengahan. Maimonides mencuba menunjukkan

keserasian falsafah yang diajarkan oleh pemikir

Yunani purba, Aristotle, dengan tradisi Yahudi.

UMUM 
12345

Kembali ke atas