Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena) orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah orang Yahudi serta membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin, yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas keinginan inilah, mereka bergerak cergas bermetodekan penjajahan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. |