ZULKAEDAH | Zulkaedah ialah bulan di antara Syawal dan Zulhijah iaitu bulan yang ke-11 mengikut Takwim Hijrah. Ia dinamakan demikian lebih kurang pada tahun 1412 M. | UMUM | Konsep |
RENCANA MELAYU | RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi. | BAHASA | Karya |
MOHD. IDRIS AL-MARBAWI | MOHD. IDRIS AL-MARBAWI (1893-1989), pemikir dan ulama Islam, terutamanya di Mesir dan Makkah. Dia lahir pada 28 Zulkaedah 1313 H. (1893) di Makkah. Nama sebenarnya ialah Syekh Mohd. Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi.Ketika berusia 10 tahun, Mohd. Idris al-Marbawi telah menghafaz 10 juzuk al-Qur’an, di samping beberapa buah kitab yang lain. Pada tahun 1913, dia telah kembali ke tanah air bersama-sama keluarganya. | BAHASA | Tokoh |
SEKOLA MELAYU | SEKOLA MELAYU, akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura. Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu. Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura. | BAHASA | Kitab |