ABANG IKHWAN ABANG HAJI ZAINI | ABANG IKHWAN ABANG HAJI ZAINI, Tan Sri (1915-1978), wartawan dan ahli politik. Dia lahir di Kuching, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE | ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE, Tun(1905-1969), ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama (1963-1969). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, TAN SRI | ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, Tan Sri (1933- ), ahli politik, Yang Dipertua Dewan Negara (1988-1990). Dia lahir pada 26 Jun 1933 di Kuching, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN | ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN, Tun(1921- ),ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketiga (1977-1981). Dia lahir pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABANG | ABANG, gelaran bagi golongan orang berbangsa atau bangsawan tradisional di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Tidak dapat dipastikan dengan tepat atau bila gelaran ini bermula. | BUDAYA | Konsep |
ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM | ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM (1891-1964), pemimpin kebangsaan Sarawak dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) (1947-1953). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DURRELL, LAWRENCE | Durrell, Lawrence (1912–1990) ialah penulis novel Inggeris, penulis kembara, dan penyair. Dia ialah abang kepada Gerald Durrell. Lawrence Durrell menjadi terkenal kerana siri empat buah novelnya yang dikenali sebagai The Alexandria Quartet. | UMUM | |
PEBAS | PEBAS, persatuan bahasa dan sastera. PEBAS ialah singkatan bagi Persatuan Bahasa dan Sastera Sarawak. Persatuan ini ditubuhkan pada bulan September 1970 oleh Abang Norwawi Abang Abdul Rahman dengan sekumpulan penulis yang giat menulis dalam akhbar Utusan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |
PERTEMPURAN STAMFORD BRIDGE | Pertempuran Stamford Bridge (1066), berakhir dengan percubaan untuk menceroboh England oleh Harald Hardrada, raja Norway, dan Tostig, abang kepada Harold II dari England. | UMUM | |
NABI MUSA A.S. | Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka. Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus- ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT. kepada Firaun dan kaumnya yang amat menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan. Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun yang juga seorang nabi”. (Surah Maryam 19:51–53) | UMUM | |