ABDOMEN | Abdomen ialah rongga badan di antara toraks (dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur yang memisahkan abdomen dari rongga pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati, pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa. Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi kebanyakan organ abdomen. | UMUM | |
PERITONITIS | Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan asing. | UMUM | |
KETAKHADAMAN | Ketakhadaman ialah ketakselesaan di dada atau abdomen yang paling biasa berlaku selepas makan atau minum terlalu banyak. | UMUM | |
DADA | Dada, yang juga dinamakan toraks, ialah bahagian badan di antara pangkal leher dengan abdomen. | UMUM | |
DIAFRAGMA | Diafragma ialah otot besar yang melekat pada tulang rusuk bawah yang memisahkan dada daripada abdomen. Hanya manusia dan mamalia lain mempunyai diafragma yang sempurna. Diafragma ialah otot utama yang digunakan dalam pernafasan. Ia berbentuk seperti kubah. | UMUM | |
KOLIK | Kolik ialah sakit kekejangan yang teruk akibat kontraksi sebarang otot organ abdomen yang geronggang, seperti perut dan usus. | UMUM | |
DIVERTIKULITIS | Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon (usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit di bahagian bawah kiri abdomen dan demam. Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu gangguan yang merebak dalam kalangan orang pertengahan umur dan orang tua di negara maju. | UMUM | |
DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |
DISENTERI | Disenteri ialah penyakit yang melibatkan keradangan lapisan usus besar. Keradangan ini, yang disebabkan oleh organisma mikroskopik, menyebabkan sakit abdomen dan diaren. | UMUM | |
PLEKSUS SURIA | Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi. Sistem ini mengawal visera (organ dalam) abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi disambungkan oleh cabang dengan organ rongga abdomen. | UMUM | |