Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur; mengacar membuat acar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acar I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ACARACAR, campuran pelbagai jenis bahan makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran, telur rebus atau ikan yang dimasak dengan cuka, garam dan gula. BUDAYAKonsep
ASID LAKTIK

Asid laktik ialah asid organik biasa yang

ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain

yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di

dalam <i> sauerkraut i> , acar dan bir. Ia wujud dalam

dua bentuk iaitu <i> asid D-laktik i> dan <i> asid L-laktik. i>

Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula.

Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan

haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga,

asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga

menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan-

lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula.

UMUM 
MUSTARD

Mustard ialah nama satu famili tumbuhan

tahunan, berdaun yang tumbuh di kawasan

sederhana. Serbuk yang dibuat daripada biji jenis

mustard tertentu digunakan dalam kuah salad,

untuk memperasa daging, dan untuk menyediakan

acar dan sesetengah jenis ikan.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas