Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai <i> kombinasi. i> Halangan mempunyai

<i> ketinggian i> (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

<i> kelebaran i> (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti <i> oxer i> (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
MELEMPAR TUKUL BESI

Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana

atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang

terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun

(7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang

yang disambung pada tukul dengan dawai keluli

sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2

meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan

bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter).

UMUM 
MA'AL HIJRAH

MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas