PERAMALAN | Peramalan ialah amalan mencuba mengenal pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap dapat mempelajari tentang masa lampau, masa kini, atau masa depan. Sesetengah peramal percaya mereka boleh tahu sebab-musabab berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali sebagai dowser, mendakwa mereka boleh menentukan tempat air berada di bawah tanah. Malah ada yang percaya mereka boleh meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini oleh seseorang itu. | UMUM | |
MASA | Masa adalah satu misteri dunia yang paling sukar difahami. Tidak ada sesiapa yang dapat menerangkan apakah masa sebenarnya. | UMUM | |
SISTEM METRIK | Sistem metrik ialah sekumpulan unit yang digunakan untuk membuat sebarang jenis pengukuran seperti panjang, suhu, masa, atau berat. Tidak ada sistem ukuran lain yang pernah digunakan dapat menyamai sistem metrik dari sudut mudahnya. Ahli sains di mana-mana sahaja membuat ukuran dengan menggunakan unit metrik dan demikian juga dengan semua orang di kebanyakan negara. | UMUM | |
ERA SENOZOIK | Era Senozoik ialah era yang paling baru menurut skala masa geologi sejarah bumi. Ahli geologi berpendapat bahawa era ini bermula lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Ada kalanya ini dikenali sebagai Zaman Mamalia. | UMUM | |
API SAINT ELMO | Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi keluarnya elektrik secara tetap daripada objek tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan hujung sayap kapal terbang yang melalui awan berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu. Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut Mediterranean. Lihat juga Kilat (Bentuk kilat). | UMUM | |
MESIN PERENCANA | Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula, dalam bentuk bertaip. Mesin perencana menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan mudah dalam perjalanan perniagaan. Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon terbina dalam atau mikrofon berasingan yang dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk memainkan semula rencana, seorang jurutaip meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan unit berasingan. | UMUM | |
TIMBANGAN APOTEKARI | Timbangan apotekari ialah satu sistem timbang yang pada satu masa dahulu digunakan secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada 8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram. Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam 0.45 kilogram. Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN | Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan oleh perusuh dengan menggantung seseorang tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan. Mangsa penggantungan tanpa perbicaraan tidak ada peluang bagi mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma menganggap mangsanya bersalah, sama ada dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas sedemikian pernah berlaku di beberapa negara pada berlainan masa, namun begitu, istilah menggantung tanpa perbicaraan secara khusus dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan perbuatan menggantung tanpa perbicaraan melalui undang-undang. Sesetengah negeri menjalankan dakwaan mengikut undang-undang menentang homisid, rusuhan dan serangan. Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang menggantung tanpa perbicaraan yang khusus. Namun begitu, pengawalan melalui undang-undang tidak berjaya mencegah menggantung tanpa perbicaraan. | UMUM | |
MEMASAK | Memasak ialah menyediakan makanan untuk dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan lebih menyelerakan dan mudah dihadam. Kebanyakan proses memasak melibatkan pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad. Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa lapang. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa. Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang. Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang berpusat di Melaka. | UMUM | |