UDARA LEBIHAN | Udara tambahan yang diperlukan dalam sesuatu proses pembakaran. Udara lebihan dikenali juga sebagai udara lebihan pembakaran atau udara tambahan pembakaran. Ia diperlukan bagi memastikan pembakaran sesuatu bahan api itu dapat berlaku dengan lengkap. Dengan adanya udara lebihan, jumlah haba yang maksimum diperoleh daripada sesuatu pembakaran bahan api....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
SUSUT NILAI | Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan, jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan ataupun kemalangan, kerana ia menjadi bertambah usia, ataupun kerana adanya produk baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai juga digunakan untuk menyatakan pengurangan nilai atau kuasa beli yang disebabkan peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti bahawa nilai mata wang sesebuah negara menjadi lebih rendah secara relatif berbanding dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat juga Pendapatan negara (Menentukan pendapatan negara). | UMUM | |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SENI DAN KESENIAN | /p> Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang luas, seni ialah kemahiran membuat atau melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan seni menganyam bakul, menala piano, malah menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi manusia. | UMUM | |
ORRISROOT | Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
TERUSAN WAN MAT SAMAN | at Saman ialah sebuah terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air dari terusan itu ke kawasan penanaman padi. Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan 36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut. | UMUM | |
PERKHIDMATAN BERKUALITI | Perkhidmatan berkualiti ialah perkhidmatan yang mematuhi keperluan atau kehendak pelanggan tanpa adanya kecacatan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
TELEPATI | Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. | UMUM | |
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU | PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu. | BAHASA | Bahasa |
KOTA KUBANG LABU | KOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |