Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.rial] | ايريال

Definisi : (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.rial] | ايريال

Definisi : /aérial/ bahagian drpd sistem radio, televisyen dsb yg dpt menangkap atau memancarkan gelombang radio dsb; antena. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aerial


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 
TAYLOR, G.A.

Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan

juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh

ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan

penerbangan pertama di Australia. Dia membuat

penerbangan tersebut pada tahun 1909 di

Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara

peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an,

dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip

penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula

membina serangkaian layang-layang kotak. Pada

tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League

dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan

Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun

1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio

dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api

lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney.

UMUM 

Kembali ke atas