Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.bik] | ايروبيک

Definisi : (aérobik) 1. senaman yg penuh ber­tenaga utk meningkatkan bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg rancak: ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas: penguda­raan diperlukan utk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma ~; beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aerobik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AEROBIK

 Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk

meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di

dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk

berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung,

meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai

orang mengambil bahagian dalam program aerobik

untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta

mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang

sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara

tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

UMUM 

Kembali ke atas