AGAMA HINDU | Agama Hindu, antara agama tertua di dunia dan tidak mempunyai pengasas. Tarikh kemunculan agama ini juga tidak dapat dipastikan. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
BHAGAVAD-GITA | Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad- Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India yang utama dan juga beberapa bahasa Barat. Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata, puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata). Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada tahun 100-an M. dan tahun 200-an M. | UMUM | |
YOGA | Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu (1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu sistem latihan mental dan fizikal yang dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin | UMUM | |
DHARMA | Dharma ialah hukum moral dan keagamaan dalam agama Hindu dan Buddha. Setiap agama ini mempunyai dharmanya sendiri. | UMUM | |
SUNGAI GANGES | Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di India dan salah satu sungai yang terpanjang di dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa. Mereka yang sakit dan cacat datang dengan harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu, sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu, bahasa utama orang India, ialah Ganga. | UMUM | |
DEEPAVALI | Deepavali, salah satu perayaan bagi penganut agama Hindu. Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya. Ia disambut pada setiap bulan ketujuh mengikut kalendar agama Hindu (iaitu sama ada pada penghujung bulan Oktober atau awal bulan November). | AGAMA | Perayaan/Upacara |
BRAHMAN | Brahman ialah nama tuhan yang paling mutlak dan abstrak dalam agama Hindu. | UMUM | |
DEMAK | DEMAK, pusat kekuasaan politik yang terpenting bagi beberapa kerajaan pesisir utara Pulau jawa antara abad ke-15 hingga abad ke- 16. Zaman tersebut bertepatan dengan zaman peralihan daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam dan juga kebangkitan kerajaan maritim. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |
PADI | Padi adalah satu daripada tanaman makanan yang paling penting di dunia. Lebih daripada separuh penduduk di dunia memakan bijian ini sebagai bahagian utama dalam makanan mereka. Hampir semua penduduk yang bergantung pada padi sebagai makanan tinggal di Asia. Dalam sesetengah bahasa Asia, perkataan yang sama bermakna makan dan makan nasi. Dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa purba dan bahasa suci penganut agama Hindu di India, padi diberi nama kedua yang bermakna “pengekal bangsa manusia”. Kebanyakan beras dimakan dengan memasak bijian berwarna putih. | UMUM | |