ASQUITH, HERBERT HENRY | Asquith, Herbert Henry (1852–1928), negarawan Inggeris yang berkhidmat sebagai perdana menteri United Kingdom dari tahun 1908 hingga tahun 1916. Kerajaannya penting kerana Old Age Pension Act (1908), National Insurance Act (1911) dan Parliament Act (1911) yang mengehadkan kuasa Dewan Pertuanan. | UMUM | |
SHOSTAKOVICH, DIMITRI | Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan opera. Gubahannya yang paling popular termasuk “Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age (1930). | UMUM | |
AUDEN W.H. | Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di England . Dia terkenal dengan kepelbagaian karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada, blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse , oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse, libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety . | UMUM | |