Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, me­ninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujuk­­an dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agung I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETER I YANG AGUNG

Peter I yang Agung (1672–1725), pemerintah

Rusia, terkenal kerana membuka jalan ke laut untuk

Rusia dan menerapkan nilai barat dalam adat dan

institusi Rusia. Baginda menjadikan Rusia sebagai

sebuah kuasa dunia yang agung.

UMUM 
SULTAN AGUNG

SULTAN AGUNG (  ?   - 1645), Sultan Mataram yang ketiga (1613 – 1645) dan raja teragung dalam sejarah Pulau Jawa, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Mas Rangsang.  Dia juga dikenal sebagai Sultan Agung Anyokrokusumo.  Sultan Agung adalah cucu Panembahan Senopati Ingalaga, raja Mataram yang pertama.  Bapanya ialah Panembahan Krapyak (1601 – 1613).  Dia menaiki takhta kerajaan Mataram pada tahun 1613.  Pada mulanya, Sultan Agung bersemayam di Kuta Gede dan kemudiannya di Plered.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AGUNG, SULTAN

Agung, Sultan ( ? –1646) ialah pemerintah

paling berkuasa di Mataram, sebuah kerajaan di

Jawa Tengah yang kini ialah Indonesia. Baginda

bertakhta dari tahun 1613 hingga tahun 1646.

UMUM 
SYAIR AGUNGSYAIR AGUNG, puisi Melayu tradisional. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair AgungI> merupakan syair Melayu bercorak romantis yang terpanjang di dunia. Jumlah rangkapnya ialah 9341. Naskhah asal syair ini ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan nombor rujukan MS 20. Naskhah ini terdapat dalam tiga jilid. Jilid pertama mengandungi 408 halaman, jilid kedua 307 halaman dan jilid ketiga 281 halaman. Jumlah halaman keseluruhan ialah 996. Ukuran naskhah ialah 21 cm x 17 cm. SASTERAKonsep
POMPEY YANG AGUNG

Pompey yang Agung (106–48 S.M.) ialah jeneral

dan negarawan Rom yang terkemuka. Dia

merupakan penghalang terakhir bagi peningkatan

kuasa Julius Caesar.

UMUM 
ALFRED YANG AGUNG

Alfred yang Agung (849–899), raja Saxon Barat

di England. Baginda menyelamatkan negaranya,

Wessex daripada ditakluk oleh orang Denmark,

menjadi asas kepada golongan England di bawah

kerajaan beraja Saxon Barat dan mengembalikan

semula pembelajaran dan kesusasteraan (lihat

Anglo-Saxon ).

UMUM 
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG

SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682).  Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung.  Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda.  Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung.  Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah.  Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah.  Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYOGUN

Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun

yang agung. Istilah <i>syogun i>bererti <i>panglima agungi>

dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi

suatu gelaran yang bermakna <i>Generalismo yangi>

<i>Menakluki Orang Gasari>.

UMUM 
PENERBIT GUNUNG AGUNG

PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia.  Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman.  Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240.  Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990)

SASTERAPenerbitan
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH

Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984),

berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982

hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada

masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat

berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga

berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the

Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet

pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga

kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia

negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei

1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas