Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
senat (kata nama)
1. Bersinonim dengan dewan negara: dewan perwakilan rakyat tertinggi

2. Dalam konteks universiti
bersinonim dengan majlis pentadbir, badan pentadbiran tertinggi, badan pentadbir utama.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERMAN, JOHN

Sherman , John (1823–1900) ialah negarawan Amerika.

Dia menjadi masyhur kerana memperkenalkan undang-undang perak dan

antitrust yang menggunakan namanya (lihat

Undang-undang antitrust). Selama hampir 50 tahun

Sherman memegang jawatan di Washington D.C.,

sama ada sebagai ahli Kongres Republikan atau

dalam Kabinet. Dia dipilih ke Dewan Perwakilan

dari Ohio pada tahun 1854, dan dipilih ke Dewan

Senat tujuh tahun kemudian. Sherman berkhidmat

sebagai setiausaha perbendaharaan dari tahun

1877 hingga tahun 1881, dan kemudian kembali

semula ke Dewan Senat. Jawatan awamnya yang

terakhirnya ialah sebagai setiausaha negara pada

tahun 1897 dan tahun 1898.

Sherman lahir di Lancaster, Ohio. Semasa

Perang Saudara Amerika (1861–1865), saudara

kepada Sherman, William T. Sherman menjadi

seorang jeneral terkenal untuk pihak Kesatuan

(lihat Sherman, William T.).

UMUM 

Kembali ke atas