Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli farmasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINIM

Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam

sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah

menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka

menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu

minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter

padu. Dalam sistem apotekari, satu minim

bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu

dram cecair. Perkataan minim berasal daripada

perkataan Latin minimus, yang bermakna paling

kecil.

UMUM 
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 

Kembali ke atas