PROTOZOA | Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan protozoa bersama lain-lain organisma ringkas dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa dikenali sebagai protozoologi. | UMUM | |
AHLI SAINS KRISTIAN | Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan agama yang menekankan penyembuhan rohaniah. Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an. Agama ini berpunca daripada agama Kristian Protestan. | UMUM | |
MAGNITUD RICHTER | Magnitud Richter ialah angka yang menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains mengira magnitud Richter dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada seismograf, sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji gempa bumi), Charles F. Richter, telah membangunkan sistem ini untuk mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala sistem ini dikenali sebagai skala Richter. | UMUM | |
PRIMAT | Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat. Mereka membahagikan primat kepada dua jenis utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet, dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang, poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan tikus kesturi sebagai prosimia. | UMUM | |
SILLIMAN BENJAMIN | Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang mengasaskan American Journal of Science pada tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang. Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20 tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan menyunting buku teks kimia dan geologi. | UMUM | |
SAINS | Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas yang menangani fakta cerapan dan hubungan antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal daripada perkataan Latin scientia yang bererti pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains mencari bukti tentang asal usul alam semesta. Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian, atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara dunia berfungsi. | UMUM | |
SEISMOGRAF | Seismograf ialah alat yang menguatkan dan merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan seismograf untuk mencari minyak, mengkaji bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan glasier. | UMUM | |
ZHU KEZHEN | Zhu Kezhen (1890 –1974), ahli sains China dan pakar yang terkenal dalam bidang klimatologi, iaitu sains tentang iklim. Dia yang memperkenalkan fenologi, iaitu kajian tentang berlakunya peristiwa alam secara berkala, seperti migrasi haiwan mengikut musim. Dia juga ahli sains pertama yang mempelajari sejarah astronomi di China. | UMUM | |
PICCARD, AUGUSTE | Ahli sains dan pereka belon. | FIZIK | Tokoh |
NEWTON, ISAAC | Ahli sains berbangsa Inggeris yang lahir pada 25 Disember 1642. | FIZIK | Tokoh |