AIR BUMI | Air bumi, air dalam lapisan tepu air di bawah permukaan tanah. Walaupun kebanyakan bandar besar di dunia menggunakan air daripada empangan, namun air bumi masih merupakan sumber bekalan air yang utama di luar bandar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
AIR TANAH | Air tanah ialah air yang terdapat di bawah permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air tawar di banyak bahagian dunia. | UMUM | |
AIR BAWAH TANAH | Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KITARAN HIDROLOGI | Kitaran hidrologi ialah pergerakan air yang berterusan dalam pelbagai bentuk dari permukaan laut ke bumi, dan dari bumi ke laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
AIR TERJUN IGUACU | Air Terjun Iguacu lihat Argentina (Muka bumi; gambar). | UMUM | |
TOPOGRAFI KARS | Bentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
AWAN | Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais halus yang terapung di udara. Awan putih gebu yang terapung merentang langit biru, atau awan yang berwarna-warni pada waktu matahari terbenam merupakan sebahagian daripada keindahan semula jadi. Awan juga memainkan peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan. Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia menurunkan hujan batu atau tornado. | UMUM | |
SUNGAI | Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi daripada padang salji atau glasier yang mencair, mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak air daripada anak sungai dan sungai lain, serta daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara, tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang lebih besar, tasik, atau lautan. | UMUM | |
KUASA AIR | Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai. Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna. | UMUM | |
LAUT | Laut, air masin yang menggenangi sebahagian besar muka bumi. Lebih 70% permukaan bumi ini mengandungi air dengan hampir 97% terdiri daripada air laut dan lautan, 2.5% dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier, dan hanya kira-kira 1% air tawar serta air dalam bentuk wap. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |