KINESIKA | Kinesika ialah kajian saintifik tentang gerakan tubuh yang terlibat semasa berkomunikasi, terutama apabila gerakan itu mengiringi percakapan. Gerakan ini meliputi gerak isyarat, air muka, kelakuan mata dan postur. | UMUM | |
TOPOGRAFI KARS | Bentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
AIR TERJUN IGUACU | Air Terjun Iguacu lihat Argentina (Muka bumi; gambar). | UMUM | |
GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SUNGAI WESER | Sungai Weser adalah laluan air yang penting di Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700 kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira 72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar boleh belayar ke Bremen. | UMUM | |
SELAT GIBRALTAR | Jalur air sempit dan pendek yang menghubungkan Laut Mediterrranean dan Lautan Atlantik. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
LAUT | Laut, air masin yang menggenangi sebahagian besar muka bumi. Lebih 70% permukaan bumi ini mengandungi air dengan hampir 97% terdiri daripada air laut dan lautan, 2.5% dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier, dan hanya kira-kira 1% air tawar serta air dalam bentuk wap. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
SUNGAI SAÔNE | Sungai Saône ialah laluan air di timur Perancis. Ia bermula berhampiran kaki bukit di Gunung Vosges dan mengalir sejauh 431 kilometer. Sungai Saône, cawangan Sungai Rhône yang terpenting bertemu di Lyon. Kapal ringan boleh belayar melaluinya sejauh 373 kilometer. Bandar perindustrian Chalon-sur-Saône terletak di tebingnya. Terdapat terowong yang menghubungkan Sungai Saône ke Moselle, Marne, Yonne dan Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka bumi). | UMUM | |
SUNGAI ELBE | Sungai Elbe adalah satu daripada jalan air komersial yang terpenting di Eropah tengah. Sungai ini bermula di bahagian barat Republik Czechoslovakia, mengalir ke arah barat laut melalui Jerman dan berakhir di Laut Utara. Sungai ini Lokasi Sungai Euphrates. dikenali sebagai Labe di Republik Czechoslovakia. Sungai Elbe panjangnya 1165 kilometer. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi). | UMUM | |