SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
ANUGERAH SENI NEGARA | ANUGERAH SENI NEGARA, penghargaan dan penghormatan yang dikurniakan oleh kerajaan Malaysia kepada seniman dan penggiat seni yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi dalam bidang muzik, tarian, lakonan dan seni tampak. | BUDAYA | Konsep |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
IDRIS SALAM | IDRIS SALAM (1920- ), pelukis. Dia lahir pada tahun 1920 di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dia mula menerima didikan seni lukis daripada gurunya, Mohd. Said dan Ahmad Abdullah ketika menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim (1937-1940). Dia juga pernah mendapat bimbingan melukis warna air daripada Peter Haris, penyelia seni lukis di sekolah-sekolah Malaya (1955-1956). Kemudian, Idris berpeluang mengikuti kursus di Kolej Seni Lukis dan Kraftangan di United Kingdom (1957-1958). | BUDAYA | Tokoh |
TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba. | UMUM | |
PARID WARDI SUDIN | PARID WARDI SUDIN (1944- ), ahli akademik dan arkitek. Dia lahir pada 9 Februari 1944 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Johor. Pada tahun 1964, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of Wales, United Kingdom dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat Diploma Seni Bina pada tahun 1970. Sekembalinya ke tanah air, dia terus mendaftar dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia. Dia kemudian menjadi arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. | BUDAYA | Tokoh |