Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air suci;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIPAS

Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat

tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan

dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di

udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria

dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas

tangan yang diperbuat daripada daun palma.

Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas

mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas

digunakan juga untuk mengibas lalat daripada

bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira

pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.

UMUM 
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
PAPIRUS

Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya

digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan

tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk

membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu

kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung

bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai

orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa

menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada

papirus.

UMUM 
TERATAI

Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis

tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan

tempat adalah telipuk Mesir.

Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai

Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya.

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros

yang lebarnya mungkin 30 sentimeter.

Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2

meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul

hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya

kembang di atas permukaan air.

Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir,

India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan

India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis

Mesir purba.

UMUM 
STYX

Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib

dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah

perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon,

seorang pendayung sampan, sering kali

diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang

telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa

mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai

suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah

tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan

menghabiskan masa selama sembilan tahun di

Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib.

Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di

kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai

Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir

terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus

masuk ke Alam Ghaib.

Lihat juga Charon; Hades; Tartarus.

UMUM 

Kembali ke atas