KINCIR AIR | Kincir air ialah pengisar (mesin pengisar) yang digerakkan oleh roda air. Manusia awal menggunakan batu yang dipegang dengan tangan untuk mengisar bijian. Bijian dihancurkan pada batu leper yang lebih besar. | UMUM | |
NUTRIA | Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau berhampiran dengannya. Nutria berasal dari selatan Amerika Selatan, tetapi telah diperkenalkan ke negara-negara lain untuk diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai “nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang. Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan sarung tangan, manakala dagingnya digunakan untuk membuat makanan haiwan kesayangan. | UMUM | |
SUZHOU | Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar purba di China, terkenal dengan terusan air, taman bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik). Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou mengukir batu jed dan menenun sutera. | UMUM | |
MACE | Mace ialah gas cecair pemedih mata, yang boleh disemburkan daripada bekas yang bertekanan. Gas ini menyebabkan mata berasa panas dan banyak mengeluarkan air mata. Mace boleh menyebabkan hilang upaya tetapi tidak berpanjangan. Istilah Mace dan Chemical Mace ialah tanda perniagaan yang digunakan oleh Smith & Wesson Chemical Company, Inc., Amerika Syarikat, tetapi syarikat- syarikat lain ada juga yang mengeluarkan cecair kimia yang sama tetapi jenis gas yang boleh dikawal dengan tangan. | UMUM | |
KIPAS | Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada daun palma. Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas digunakan juga untuk mengibas lalat daripada bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M. | UMUM | |