TASIK HINDMARSH | Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000 hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer namun permukaan airnya tidak menentu kerana tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang diselaputi garam. Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire, kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit. | UMUM | |
YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang “penyepit” yang tegap. | UMUM | |
MARON | Maron ialah sejenis udang krai air tawar yang terbesar di dunia. Maron terdapat di barat daya Australia. | UMUM | |
PIKE | Pike ialah nama biasa bagi famili ikan air tawar yang terkenal dengan selera yang rakus dan mempunyai semangat melawan. Ahli famili pike mempunyai tubuh yang panjang dan langsing, dengan muncung berbentuk umpama paruh itik yang dipenuhi dengan gigi. | UMUM | |
IKAN PUTIH | Ikan putih ialah nama sekumpulan ikan yang hidup di air tawar. Ikan putih terdapat di banyak tasik dan anak sungai di kawasan utara Eropah, Asia, dan Amerika Utara. | UMUM | Umum |
KOD MURRAY | Kod Murray ialah ikan air tawar yang terbesar di Australia. | UMUM | |
TASIK TANGANYIKA | Tasik Tanganyika, di timur tengah Afrika, merupakan tasik air tawar terpanjang di dunia dan yang kedua paling dalam. Hanya Tasik Baikal, di Rusia, yang lebih dalam. Tasik ini disempadani oleh Burundi dan Tanzania di sebelah timur dan oleh Zaire dan Zambia di sebelah barat. Panjangnya Tasik Tanganyika ialah 680 kilometer dan, di tempat yang paling dalam ialah 1435 meter. | UMUM | |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika. Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah. Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira 2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira 600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
BICHIR | Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras, berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter. | UMUM | |
ROACH | Roach ialah ikan dalam famili kap dan minnow yang hidup dalam air tawar di Eropah. | UMUM | |