Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIS

Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan

ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan

dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,

fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga

glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh

kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku

bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu

daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang

mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,

atau gula, membeku pada suhu lebih rendah

daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian

boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya

daripada membeku. Apabila bendasing dicampur

pada ais, ia menyebabkan ais cair.

UMUM 
PH

pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains

untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen

dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0

hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7

menunjukkan bahawa larutan adalah asid,

manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan

bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan

neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan

bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai

pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan

hidrogen (potential of hidrogen).

UMUM 
SESIUM

Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna

keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium

karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak

dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air

mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan

Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun

1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg

mengasingkan logam tulen.

UMUM 
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 
DEKSTROSA

Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam

industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya

dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan

putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial

dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau

memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur

dengan larutan asid hidroklorik cair.

UMUM 
NITROGLISERIN

Nitrogliserin, juga dinamakan nitrogliserol, ialah

bahan letupan yang sangat kuat. Formula kimianya

ialah C 3 H 5 (ONO 2 ) 3 . Ia adalah bahan letupan utama

dalam dinamit. Nitrogliserin tulen ialah cecair yang

berat, berminyak yang jernih seperti air. Tetapi

keluaran komersial biasanya berwarna kuning

pucat. Apabila nitrogliserin meletup, ia

mengembang untuk membentuk gas yang

memenuhi 3000 kali lebih banyak ruang daripada

cecair. Letupan nitrogliserin kira-kira tiga kali ganda

sekuat letupan serbuk letupan dalam amaun yang

sama, dan kelajuan letupan adalah 25 kali secepat

kelajuan serbuk letupan.

UMUM 
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 
ASID ASETIK

Asid asetik ialah asid organik dan bahan kimia

industri yang penting. Asid asetik memberi rasa

masam kepada cuka. Cuka yang digunakan di

rumah mengandungi lebih kurang lima peratus

asid ini. Asid asetik tulen dikenali sebagai asid

asetik glasial kerana asid ini memejal pada suhu

17 ° C, iaitu suhu bilik sejuk. Apabila dicairkan

dengan air, asid ini dikenali sebagai asid asetik.

UMUM 

Kembali ke atas