Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bahan pendingin makanan yg dibuat dgn menyejat­kan karbon dioksida cecair dgn cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist karbon dioksida dlm bentuk pepejal, yg boleh memejalwap, digunakan utk menyejukkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM 
PUPFISH

Pupfish adalah mana-mana satu daripada 30

spesies ikan kecil yang hidup terutamanya dalam

mata air dan anak sungai di barat daya Amerika

Syarikat dan Mexico. Pupfish mendiami perairan ini

sejak Zaman Ais yang terakhir, kira-kira 50 000

tahun dahulu. Pada masa itu, sungai dan tasik

meliputi kawasan tersebut, yang sebahagian

besarnya adalah gurun. Kumpulan pupfish yang

terasing hidup selepas kebanyakan air menjadi

kering. Satu spesies, pupfish Devil’s Hole , hidup

melebihi 20 000 tahun dalam mata air yang dalam

di Kaunti Nye, Nevada, Amerika Syarikat.

UMUM 
TASMANIA

Tasmania ialah negeri yang paling kecil di

Australia dan terletak di hujung tenggara benua

tersebut. Tasmania dipisahkan dari tanah besar

oleh Selat Bass, yang lebarnya hanya 240 kilometer.

Laut yang cetek ini mempunyai kedalaman yang

berbeza, iaitu dari 55 meter hingga 90 meter.

Sebelum terjadinya percairan pada liputan ais

dunia lebih kurang 8000 hingga 12 000 tahun

dahulu, bahagian ini merupakan daratan yang

kering.

UMUM 
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 

Kembali ke atas