ORIENTALISME | Orientalisme ialah satu kajian akademik yang dilakukan oleh pengkaji, secara khusus, ahli kitab iaitu orang Yahudi dan Kristian – mengenai Islam dan umat Islam dari pelbagai sudut seperti sejarah, akidah, fiqh, kebudayaan dan tamadun termasuk tamadun timur secara umum. | UMUM | |
RASHDAN BABA, TAN SRI | pentadbir akademik dan tokoh korporat | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR | Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam bidang akademik di University of America, Beirut. Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada peringkat ijazah pertama dan menamatkan pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali berkhidmat di University of America, Beirut sebagai Naib Canselor. | UMUM | |
BAHAGIAN BAHASA MELAYU USM | BAHAGIAN BAHASA MELAYU USM, bahagian yang menawarkan kursus Bahasa Melayu kepada guru Bahasa Melayu. Bahagian ini ditubuhkan pada sidang akademik 1980/81 dalam Unit Bahasa Universiti Sains Malaysia. | BAHASA | Konsep |
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK DR. | Nik Safiah Haji Abdul Karim, Datuk Dr. (1939– ) ialah ahli dan pejuang bahasa, ahli akademik, dan pejuang pergerakan wanita. | UMUM | |
ZARQA, MUSTAFA AHMAD AL | Zarqa, Mustafa Ahmad al- ( ?–1325 H/ ? – 1907) ialah tokoh politik Syria dan pakar dalam bidang syariah dan undang-undang serta ahli akademik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar Halab dan pernah belajar ilmu syariah dengan bapanya dan beberapa orang tokoh agama pada zamannya. | UMUM | |
MUBALIGH KRISTIAN | Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang berperanan mengajak memeluk dan mempengaruhi orang ramai supaya memeluk agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui bidang pendidikan, kepakaran akademik, penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain. Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja yang lebih dikenali sebagai kristianisasi. | UMUM | |
MAJALAH | Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua- duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala. Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi. Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai jurnal. | UMUM | |