AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan karang individu yang dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa terdapat di terumbu dan perairan cetek di sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning, jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |
AKAR | Akar ialah satu daripada tiga organ utama bagi sesuatu tumbuhan. Dua organ lagi ialah batang dan daun. Kebanyakan akar adalah panjang dan bulat dan tumbuh di bawah tanah. | UMUM | |
AKAR PAHIT | Akar pahit ialah sejenis pokok saka kecil dengan daun berair, batang berisi, dan mempunyai sekuntum bunga yang berwarna merah jambu atau putih. | UMUM | Umum |
AKAR ULAR | Akar ular ialah nama beberapa tumbuhan berbunga yang sangat berbeza, yang tumbuh di kawasan Prairi dan hutan jarang Amerika Utara. | UMUM | Umum |
AKAR KAYU | AKAR KAYU, sejenis ubat yang ramuannya terdiri daripada bahagian tertentu tumbuh-tumbuhan seperti akar, daun, batang dan kulit kayu. | BUDAYA | Konsep |
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA | AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter. | BAHASA | Konsep |
AKAR PETAWALI | AKAR PETAWALI (Tinospora crispa diels daripada famili Minisper-maceae), sejenis tumbuhan pemanjat yang digunakan dalam perubatan tradisional. | BUDAYA | Konsep |
SAP | Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi jenis sap ialah air yang membawa makanan tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan yang dikenali sebagai floem. | UMUM | |
LIKUORIS | Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan. Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin, kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih daripada satu musim pertumbuhan. | UMUM | |
KELEDEK | Keledek ialah sayur yang mempunyai akar yang besar berisi, boleh dimakan. Keledek dipercayai mula ditanam di Amerika Selatan. Kini, ia ditanam di seluruh dunia dan ia adalah makanan yang penting di banyak negara. Lebih kurang 85 peratus daripada tanaman keledek di dunia dihasilkan di China. Keledek kerap dikelirukan dengan keladi, kerana akarnya yang besar. Bagaimanapun, keladi tergolong dalam famili yang berbeza. | UMUM | |