SALSIFY | Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean, tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang menanam salsify dengan cara yang sama seperti menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan dalam tanah yang sejuk, lembap. Pengelasan saintifik. Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai Tragopogon porrifolius . Lihat juga Parsnip. | UMUM | |
SWEDE | Swede ialah tumbuhan yang akarnya boleh dimakan yang rasanya seperti lobak putih. Ia juga dinamakan rutabaga dan lobak putih Rusia. Swede lebih keras daripada lobak putih, dan biasanya dituai pada akhir tahun. Akarnya yang berwarna kuning kaya dengan vitamin dan mineral. Ia dimakan rebus atau dibakar. Daunnya yang berwarna hijau-biru juga boleh dimakan. Pengelasan saintifik. Swede tergolong dalam famili mustard, Cruciferae (Brassicaceae). Ia adalah Brassica napobrassica. | UMUM | |
SPIKENARD | Spikenard, juga dinamakan nard, ialah tumbuhan yang berkaitan dengan valerian. Ia berasal dari India, dan menghasilkan minyak wangi yang mahal. Akarnya berbentuk seperti butir jagung. Serumpun batang yang tebal sepanjang lebih kurang 5 sentimeter tumbuh dari bahagian atas akarnya. Bahagian ini adalah sumber utama minyak wangi. | UMUM | |
KUNYIT | Kunyit ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh di selatan Asia. Akarnya yang berisi ialah sumber bahan yang juga dikenali sebagai kunyit yang digunakan terutamanya untuk membuat pewarna. | UMUM | |
SWISS CHARD | Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit, tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua. Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan batang-daun berwarna merah terang. | UMUM | |
KUCAI | Kucai ialah sayur hijau yang berkait rapat dengan bawang. Kucai tumbuh liar di Eropah dan Asia. Akarnya ialah bebawang kecil berbentuk telur, yang darinya tumbuh daun yang panjang, halus bak tiub. | UMUM | |
SOLOMON'S-SEAL | Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai mohor raja Solomon yang mistik. | UMUM | |
SWEET FLAG | Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. | UMUM | |
RUMPAI BABI | Rumpai babi ialah rumpai biasa tahunan. Akarnya yang kuat, tahan lasak, tumbuh di tanah yang sesuai untuk tanaman. | UMUM | Umum |
BURDOCK | Burdock ialah tumbuhan berbulu kasar. Ia adalah tumbuhan dwitahunan: akarnya hidup untuk dua musim. | UMUM | |