Murdoch, Rupert (1931– ), penerbit kelahiran Australia yang memiliki banyak syarikat akhbar dan majalah di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Penerbitannya berbagai-bagai, daripada The Times di London, iaitu akhbar harian British yang amat berpengaruh, hinggalah kepada New York Post, iaitu akhbar mingguan yang sensasi di Amerika Syarikat. Dia juga memiliki sepenuhnya atau sebahagian daripadanya studio filem dan beberapa stesen televisyen dan syarikat penerbitan buku. Dia juga terkenal kerana berjaya memulihkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan sehingga berjaya mendapat keuntungan. |