Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khi.ran] | اخيرن

Definisi : penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd per­kataan spt tumbuhan, mengasihi, menda­lam­kan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khi.ran] | اخيرن

Definisi : penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhiran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKHIRAN

Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata dasar untuk menerbitkan kata baru dengan makna baru dan fungsi baru. Misalnya, kata dasar tulis apabila diimbuhkan dengan akhiran –an, diterbitkan kata tulisan dengan makna hasil penulisan dan berfungsi sebagai kata nama.

BAHASAKonsep
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas