RASA | Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan banyak haiwan. Rasa makanan membantu menentukan apa dan berapa banyak yang kita makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau benda. Apabila kita mendapat selesema dan hidung kita tersumbat, sesetengah makanan mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai rasa. | UMUM | |
PERLUCUTAN SENJATA | Perlucutan senjata adalah penghapusan, pengurangan, atau pembatasan angkatan bersenjata sesebuah negara. Perlucutan senjata biasanya hanya dapat dicapai melalui persetujuan antarabangsa. Tidak ada negara yang digalakkan melepaskan keseluruhan keupayaannya untuk mempertahankan diri atau menyerang negara musuh secara ketenteraan. Akibatnya, persetujuan perlucutan senjata sebenarnya adalah persetujuan untuk mengawal senjata. | UMUM | |
CALONARANG | CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno. Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang. Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya. Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan. Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya. Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang. Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan. Airlangga kembali tenteram. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
ARCHAEOPTERYX | Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan) haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung. Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia. | UMUM | |
AMIS, KINGSLEY | Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang paling termasyhur ialah novelnya yang pertama, Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang pensyarah universiti yang muda berasa meluat terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You (1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man (1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women (1984), dan The Old Devils (1986). | UMUM | |
OSTEOSKLEROSIS | Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. | UMUM | |
SMUT | Smut ialah nama sekumpulan kulat berkaitan yang hidup sebagai parasit pada tumbuhan tertentu dan menyebabkan penyakit padanya. Smut mendapat namanya kerana ia mengeluarkan spora hitam yang kelihatan seperti zarah jelaga. Smut berbahaya pada tumbuhan yang ditanam dan tumbuhan liar. Ia terutamanya berbahaya kepada tanaman pertanian seperti gandum, oat, barli, jagung, dan padi. Smut biasanya memusnahkan biji atau ke seluruhan jambak bunga. Akibatnya, tumbuhan tidak berguna sama sekali sebagai tanaman atau tidak boleh mengeluarkan biji. | UMUM | |
MIOPIA | Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah kecacatan penglihatan yang menyebabkan penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej yang terbentuk adalah kabur. | UMUM | |
MACARTHUR, JOHN | Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai tentera British. Pada waktu itu kerajaan British menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan dan pertanian di New South Wales dan menjadikan diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan berjuang untuk menjayakannya sepanjang hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh. | UMUM | |