AKIDAH | Akidah, keyakinan dan kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak bersekutu, serta mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran. | AGAMA | Kepercayaan |
USULUDDIN | Ilmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar. | AGAMA | Disiplin Ilmu |
ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
KORBAN | Korban ialah perayaan bercorak akidah yang dilakukan semenjak sebelum kedatangan agama Islam lagi. | UMUM | |
'AQA'ID AL-NASAFI | Teks atau kitab berkenaan akidah agama Islam yang ditulis dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kitab kecil ini berasal dari Aceh dan dibawa oleh orang Eropah melalui Jerman hingga ke London. | BAHASA | Kitab |
AQIDAT AL-NAJIN | Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. | SASTERA | Kitab |
ORIENTALISME | Orientalisme ialah satu kajian akademik yang dilakukan oleh pengkaji, secara khusus, ahli kitab iaitu orang Yahudi dan Kristian – mengenai Islam dan umat Islam dari pelbagai sudut seperti sejarah, akidah, fiqh, kebudayaan dan tamadun termasuk tamadun timur secara umum. | UMUM | |
MENNONITE | Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang, bersumpah, atau memegang jawatan dengan menggunakan kekerasan adalah ditegah. | UMUM | |
NURUDDIN AR-RANIRI | Nuruddin ar-Raniri (?–1658) ialah ulama, penulis, mujaddid, dan Syeikh Tarekat Rifa’iyah di India . Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas pengetahuannya. Ilmu agama yang dikuasainya ialah fikah, hadith, akidah, dan tasawuf. Dia juga pakar dalam bidang falsafah, sejarah, dan perbandingan agama. | UMUM | |
SURAH AL-BURUJ | Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut. Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman. | UMUM | |