AKRONIM | Akronim ialah bentuk singkat bagi serentetan kata, yang disebut atau ditulis sebagai satu kata. | BAHASA | Konsep |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
SISKEP | SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer. Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM). SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah. Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus. | BAHASA | Sistem |
KRIS | KRIS, pertubuhan politik semasa Perang Dunia Kedua. KRIS ialah singkatan Kesejahteraan Rakyat Indonesia Semenanjung. KRIS ditubuhkan pada tahun 1943 di Ceylon (kini Sri Lanka). Ahli KRIS terdiri daripada masyarakat Melayu Indonesia yang tinggal di sana. Mereka bekerja sebagai pelaut, pedagang kecil dan buruh di pangkalan tentera Belanda dan Inggeris. Pada pertengahan tahun 1945, cawangan KRIS ditubuhkan di Singapura. Walaupun panggilan ringkasnya tetap menggunakan akronim KRIS, tetapi nama pertubuhan ini sering berubah. Pada mulanya dikenal sebagai “Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung”, kemudian diubah menjadi ‘Kesatuan Rakyat Istimewa’, dan ‘Kesatuan Rakyat Indonesia Istimewa’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |