Montezuma ialah nama dua orang pemerintah Aztek, di Mexico (lihat Aztek). Nama tersebut dieja juga sebagai Moctezuma atau Motecuhzoma. Montezuma I (1390?–1469?), menjadi maharaja pada tahun 1440. Baginda menjadi terkenal sebagai pemimpin tentera yang memperluas sempadan Empayar Aztek hingga ke Teluk Mexico. Baginda memulakan program pembinaan awam yang amat besar. Baginda membina satu daik yang besar untuk menyekat air Tasik Texcoco daripada membanjiri ibu negaranya Tenochtitlàn (kini Mexico City). Baginda juga membina akueduk untuk membawa air tawar daripada mata air di Chapultepec ke ibu negaranya. |