AKUSTIK | Akustik ialah kajian tentang bunyi dan kesannya terhadap pendengaran iaitu kualiti bunyi yang didengar atau disebarkan dalam sesuatu ruang. | FIZIK | Konsep |
KEDAP BUNYI | Kedap bunyi lihat juga Akustik; Penebatan. | UMUM | |
LUDWIG, HERMANN | Ahli sains dan ahli falsafah Jerman yang banyak memberi sumbangan dalam bidang fisiologi, optik, akustik dan elektrodinamik pada abad ke-19. | FIZIK | Tokoh |
DESIBEL | Desibel ialah unit yang digunakan untuk membandingkan tekanan bunyi, voltan, kuasa dan kuantiti akustik dan elektrik lain yang berkaitan. Simbolnya ialah dB. | UMUM | |
SUMBER SEISMIK | Program pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
FONETIK BAHASA MELAYU | FONETIK BAHASA MELAYU, ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. | BAHASA | Bahasa |