SUBKIY, TAJ AL-DIN AL- | Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370 M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al- Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan menuntut ilmu daripada alim ulama di sana. Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa. Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18 tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa. Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al- Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al- Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’. Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik. | UMUM | |
SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL- | Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.), ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din. Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya masih hidup. Orang sezamannya memperakui kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal keduniaan. Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al- Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman. | UMUM | |
QARI AL-HARAWIY, AL - | Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al- Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah dan menetap di Makkah sehinggalah dia meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih; Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al- Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah; Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan sebagainya. | UMUM | |
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.) | SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al- Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar. Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya memberi khidmat kepadanya dalam keadaan inilah lahirnya Salah al-Din. | UMUM | |
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL- | Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- (1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam, Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah, berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al- Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al- Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud- Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al- Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al- Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al- Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al- Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al- Banna meninggal dunia di Kaherah. | UMUM | |
SHAYBANIY, MUHAMMAD IBN AL-HASAN AL- | Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al- (131–189 H. / 748–804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al- Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al- Qur’an dan mempunyai gaya bacaan yang amat menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut mendengar syarahan ilmu daripada para imam besar seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam al- Awza’iy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al- Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah. Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar sentiasa bersama-samanya di istana dan dia menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak mengarang kitab yang menjadi rujukan pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami ’ al-Saghir, al-Jami ’ al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir. Di samping itu, dia menulis kitab al-Athar dan al-Radd ‘ ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia di sebuah kampung di Rayy. | UMUM | |
KAMIL FI AL-LUGHAH WA AL-ADAB, AL- | Kamil fi al-Lughah wa al-Adab, al- ialah salah satu daripada kumpulan kitab rujukan utama dalam bidang kesusasteraan Arab. Ia dikarang oleh Abu al- ‘Abbas Muhammad ibn Yazid al-Mubarrid al- Thumali, berketurunan daripada kabilah Thamalah al-Azdiyah. | UMUM | |
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL- | Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– / 1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama. Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab, Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al- Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa Urdu seperti majalah al-Ta‘mir. | UMUM | |
QARAFIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qarafiy, Shihab al-Din al- (? –684 H./? –1285 M.), tokoh ilmu fiqh Mazhab Malikiy dan salah seorang tokoh ilmu usul. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman, Abu al-’Abbas Shihab al-Din al-Sanhajiy al-Qarafiy. Al-Qarafiy lahir di Bahnasa, Mesir. Keluarganya berasal dari Sanhajah, Maghribi. | UMUM | |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310– 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |