Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ad-Darr) Ar Yang Mendatangkan Kemudaratan (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Dar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAR QATNIY, AL-

Dar Qatniy, al- (306–385 H./918–995 M.),

pakar dalam ilmu hadith. Nama penuhnya ialah

Abu al-Hasan ‘Ali ibn ‘Umar ibn Ahmad ibn Mahdiy

ibn Mas’ud ibn an-Nu’man ibn Dinar al-Baghdadiy.

Dia seorang imam, qari, hafiz dan seorang yang

elok bacaan tajwidnya. Dia mendapat gelaran

syeikh al-Islam. Al-Dar Qatniy berasal

dari daerah Darul Qutni di Baghdad.

UMUM 
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL-

Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– /

1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif.

Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy

al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah

Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa

dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya

diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd

al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama.

Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan

menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab,

Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti

Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan

pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di

Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian

menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat

pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al-

Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah

Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh

Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua

editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa

Urdu seperti majalah al-Ta‘mir.

UMUM 
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 
FURU AL-MASA'IL

FURU AL-MASA’IL, kitab fikah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769 – 1847). Kitab ini diterbitkan oleh Matbaat Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang (tanpa tarikh) dalam dua jilid yang disatukan. Jilid pertamanya setebal 275 halaman manakala jilid ke duanya setebal 394 halaman.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas