ASAD, HAFIZ AL- | Asad, Hafiz al- (1930–2000), ialah pemimpin dan tokoh politik di Syria. Pada tahun 1971, dia dilantik sebagai Presiden Syria dengan bantuan tentera. | UMUM | |
ANSARIY, ZAKARIYYA IBN MUHAMMAD AL- | Ansariy, Zakariyya ibn Muhammad al- (823 H.–926 H./1420 M.–1519 M.) ialah Syeikh al-Islam, Qadi al-Qudah dan al-Hafiz (pakar hadith yang mahir dalam lebih daripada separuh dari keseluruhan hadith nabi). Al-Ansariy juga ialah ahli fiqh bermazhab Syafi‘i, ahli usul fiqh, ahli hadith, ahli tafsir, ahli tatabahasa dan ahli ilmu kalam. | UMUM | |
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL- | Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370 M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al- Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan menuntut ilmu daripada alim ulama di sana. Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa. Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18 tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa. Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al- Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al- Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’. Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik. | UMUM | |
DAYLAMIY, SYIRAWAYH AL- | Daylamiy, Syirawayh al- (445–509 H/1053– 1115 M), ahli hadith, hafiz dan ahli sejarah. Nama penuhnya ialah Shirawayh ibn Shahruddar ibn Fanákhusru ibn Khusrakán. Dia dikenali sebagai Abú Shujá al-Daylamiy al-Hamzániy. Dia menuntut ilmu hadith dan sentiasa bermusafir dalam usahanya itu. Ramai yang meriwayatkan hadith daripadanya seperti anaknya sendiri, Shahruddár, al-Háfiz Abú Musá al-Madiniy, dan Abú Tahir al-Silfiy. | UMUM | |
SHAYBANIY, MUHAMMAD IBN AL-HASAN AL- | Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al- (131–189 H. / 748–804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al- Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al- Qur’an dan mempunyai gaya bacaan yang amat menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut mendengar syarahan ilmu daripada para imam besar seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam al- Awza’iy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al- Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah. Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar sentiasa bersama-samanya di istana dan dia menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak mengarang kitab yang menjadi rujukan pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami ’ al-Saghir, al-Jami ’ al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir. Di samping itu, dia menulis kitab al-Athar dan al-Radd ‘ ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia di sebuah kampung di Rayy. | UMUM | |
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL | Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat. Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al- Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di negeri Izaj berdekatan Asbahan. | UMUM | |
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL | Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130 buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al- Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al- Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l- Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al- Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al- Taubikh li-Man Zam al-Tarikh. | UMUM | |
TABRANIY, ABU AL-QASIM AL- | Tabraniy, Abu al-Qasim al- (260 – 360 H./873 – 971 M.), ahli hadith. Nama sebenarnya ialah Sulayman ibn Ahmad ibn Ayyub ibn Matir al- Lakhmiy al-Shamiy Abu al-Qasim. Dia ialah seorang hafiz yang dipercayai. Nama al-Tabraniy dinisbahkan kepada negeri Tabariyyah kerana dia berasal dari situ. Dia lahir di ‘Akka, Palestin. Dia mula meriwayat hadith pada tahun 273 H. | UMUM | |
A'RAJ, ABU DAWUD AL- | A'raj, Abu Dawud al- (36 H.–117 H./ 657 M.–735 M.), hafiz al-Qur’an, ahli ilmu Tajwid dan Qira’at. Nama penggantinya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Hurmuz al-Madani al-A‘raj Abu Dawud, hamba kepada Muhammad ibn Rabi‘ah ibn al-Harith ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Al-A‘raj berasal dari Madinah. Dia mempelajari ilmu Tajwid daripada Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas dan ‘Abdullah ibn ‘Ayyash ibn Abu Rabi’ah. | UMUM | |
DHAHABIY, SYAMS AL-DIN AL- | Dhahabiy, Syams al-Din al- (673–748 H/1275– 1347 M), imam hafiz, ahli hadith, penghafiz, dan ahli sejarah Islam. Nama penuhnya ialah Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn ‘Uthman ibn Qaymaz. | UMUM | |