Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Maha Bijaksana (satu drpd 99 nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata al-Hakim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL-

Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.),

ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga

pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali

dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din.

Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para

sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan

fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya

masih hidup. Orang sezamannya memperakui

kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal

keduniaan.

Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir

fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina

al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz

Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al-

Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman.

UMUM 
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL-

Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/

830–915 M), salah seorang imam hadith yang

menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini

riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya

ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn

‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi,

imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah

beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu

daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq,

Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia

berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun.

Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang

mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada

zamannya, dan merupakan yang paling arif di

kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih

dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan

perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab,

antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang

hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra;

Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al-

Matrukun bi Musnad Malik .

UMUM 
HAKIM, TAWFIQ AL-

Hakim, Tawfiq al- (1316–1410 H./1898–1989 M.),

penulis Mesir dan pelopor dalam bidang penulisan

novel, sastera dan teater

UMUM 
MU'ALLIMIY AL-YAMANIY, AL-

Mu’allimiy al-Yamaniy, al- (1313 H.–1386 H./

1895 M.– 1966 M.), pengarang kitab. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Yahya, Abu

Bakar al-Mu’allimiy al-Yamaniy. Dia lahir di sebuah

kampung bernama al-Muhaqarah, di daerah

‘Utmah, Yaman. Selepas itu, al-Mu’allimiy al-

Yamaniy berpindah ke Jazan pada tahun 1329 H.

dan terus tinggal di sana sehingga dilantik oleh

Gabenor Jazan, Muhammad al-Idrisiy sebagai

ketua hakim di samping sibuk dengan urusan

pengajaran. Dia juga diberi gelaran Shayikh al-

Islam.

UMUM 
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990),

Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990),

pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil

memberikan sumbangan penting dalam tilawah al-

Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah

Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada

tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan

Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun

1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja

Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana

 keanggotaannya dalam badan-badan Islam

Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab

Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan

Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah.

UMUM 
RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN

RAJA HAJI ABDULLAH RAJA HASSAN (  ?  - 1926), hakim, kadi dan penulis. Dia berketurunan bangsawan dari Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Raja Haji Abdullah ialah anak Raja Hassan (m. 1882), cucu kepada Raja Ali Haji, serta sepupu Raja Khalid Hitam (m. 1914). Di Pulau Penyengat, Raja Haji Abdullah lebih dikenal sebagai Engku Haji Lah. Dia menggunakan nama pena Abu Muhammad Adnan Haji Abdullah al-Naqsyahamdi al-Khalidi dalam kebanyakan karyanya.

SASTERATokoh
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK

HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 

Kembali ke atas