ANUGERAH ANTARABANGSA AL-MALIK FAYSAL | Anugerah Antarabangsa al-Malik Faysal ditubuhkan oleh Mu‘assasah al-Malik Faysal al- Khayriyyah (Yayasan Kebajikan al-Malik Faysal) pada tahun 1397 H./1977 M. dan digelar dengan nama al-Malik Faysal ibn ‘Abd al-Aziz ‘Ali Sa‘ud. | UMUM | |
MASLAMAH IBN ABD AL-MALIK | Maslamah ibn Abd al-Malik ialah penakluk bangsa Arab. Dia lahir dan dibesarkan di Damsyik serta mempunyai pengetahuan yang luas. | UMUM | |
YAZID IBN ‘ABD AL-MALIK | Yazid ibn ‘Abd al-Malik (71–105 H/690–724 M), salah seorang khalifah kerajaan Umawiyyah di Syam. Nama penuhnya ialah Yazid ibn ‘Abd al- Malik ibn Marwan atau digelar sebagai Abu Khalid. | UMUM | |
ABD AL-MALIK BIN MARWAN | Abd al-Malik bin Marwan (65-86 H/685-705 M), khalifah kelima kerajaan Bani Umayyah. Ahli sejarah secara umumnya berpendapat bahawa beliau lahir pada tahun 26 H/646-647 M. Beliau merupakan anak kepada Marwan bin al-Hakkam. Ibunya pula bernama A'ishah binti Mu'awiyah bin al-Mughirah. | AGAMA | Tokoh |
MALIK AL-‘ADIL | Malik al-‘Adil, (540 H.– 615 H./1145 M.–1218 M.), salah seorang pembesar kerajaan Ayyubiyyah. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Ayyub ibn Shadiy, Abu Bakar atau Sayf al-Islam bahkan digelar juga al-Malik al-‘Adil (Raja yang Adil). Dia bersaudara dengan Sultan Salehuddin al-Ayyubiy. | UMUM | |
HISHAM IBN ‘ABD AL-MALIK | | UMUM | |
PERANG MANSURAH | Perang Mansurah , peperangan antara orang Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al- Salih dengan orang Perancis, di bawah pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu mereka menanti peluang untuk memecahkan kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan dan impian mereka selama ini. | UMUM | |
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.) | SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al- Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar. Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya memberi khidmat kepadanya dalam keadaan inilah lahirnya Salah al-Din. | UMUM | |
HISHAM BIN ABD MALIK | Hisham bin Abd al-Malik (72 H/691 M–125 H/743 M), Khalifah Bani Umayyah yang ke-10 yang memerintah dari tahun 105 hingga 125 H/724 hingga 743 M. | AGAMA | Tokoh |
QASTALANIY, SHIHAB AL-DIN AL- | Qastalaniy, Shihab al-Din al- (851–923 H./ 1448 –1517 M.), ahli hadith, ahli sejarah, ahli fiqh dan pakar dalam bidang qira’at. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Muhammad ibn Abu Bakr ibn ‘Abd al-Malik ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Husayn ibn ‘Ali. Dia berasal dari Qastalan, Mesir. | UMUM | |